Posts

Showing posts from November, 2022

Pemakaian pakaian kokurikulum

Image
  Pemakaian pakaian kokurikulum a) Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan;   b) Murid-murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan berunifom yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti memakai baju-T berkolar yang melambangkan pasukannya; atau   c) Murid-murid juga boleh memilih memakai pakaian seragam kelab/ persatuan, sama ada dalam bentuk jaket, baju layang (seni bela diri) atau baju-T berkolar.    d) Jaket, baju layang (seni bela diri) atau baju-T berkolar hendaklah dicetak dengan nama pasukan atau kelab/ persatuan di bahagian belakang dan logo (jika ada) di bahagian hadapan (dada kiri)   [Perenggan 2.1, SPI Bil 8 2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikuklum]

Laporan Tugasan Harian PPM

Image
  1.                Punca kuasa a)     Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015   2.          2.     Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid          [Bab 5, perkara 5.3, Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015]   3.                Penjawatan ENROLMEN MURID KELAYAKAN JAWATAN PPM 1-10 1 11-20 2 ... ... [Bab 2 perenggan 2.9.5, Buku Panduan Pengoperasian PPKI 2015]   4.                Jadual Waktu Bertugas 5.                Jadual Bertugas Spesifik 6.                Jadual Bertugas Cuti Sekolah 7.        ...

Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK)

Image
  Definisi a)  “murid berkeperluan pendidikan khas”  ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai– (a) ketidakupayaan penglihatan; (b) ketidakupayaan pendengaran; (c) ketidakupayaan pertuturan; (d) ketidakupayaan fizikal; (e) masalah pembelajaran; mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (e)   [Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]   b)  Murid Berkeperluan Khas (MBK)  diguna pakai bagi menjelaskan murid berkeperluan pendidikan khas   [Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 b), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas] Kandungan kategori: a)  Kurang Upaya Penglihatan  menjelaskan ketidakupayaan penglihatan;   b)  Kurang Upaya Pendengaran  menjelaskan keti...

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)

Image
  Dari fb ADHD/ADD Malaysia, 2019 Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian. Objektif pendaftaran OKU: 1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan. 2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU. 3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka. Definisi OKU: Menurut Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbag...