Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK)
Definisi
a) “murid berkeperluan pendidikan khas” ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai–(a) ketidakupayaan penglihatan;mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (e)
(b) ketidakupayaan pendengaran;
(c) ketidakupayaan pertuturan;
(d) ketidakupayaan fizikal;
(e) masalah pembelajaran;
[Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]
b) Murid Berkeperluan Khas (MBK) diguna pakai bagi menjelaskan murid berkeperluan pendidikan khas
[Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 b), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas]
Kandungan kategori:
a) Kurang Upaya Penglihatan menjelaskan ketidakupayaan penglihatan;
b) Kurang Upaya Pendengaran menjelaskan ketidakupayaan pendengaran;
c) Kurang Upaya Pertuturan menjelaskan Kategori ketidakupayaan yang menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami;
d) Kurang Upaya Fizikal bila ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya;
e) Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya seperti Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Kurang Upaya Intelektual, dan keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autism, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik; dan
f) Kurang Upaya Pelbagai menjelaskan mana-mana kombinasi ketidakupayaan pada kategori (a) hingga (e)
[Bab 1 Pengistilahan, peraturan 1.4 a), Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas]

Comments
Post a Comment